槟州城乡策划、房屋、艺术行政议员黄汉伟于2012年9月18日发表文告
我想在此提醒槟州国阵主席邓章耀,不要再对打枪埔的居民作出空头支票,欺骗居民。
根据昨天报道,邓章耀表示只要国阵在下一届全国大选赢回槟州执政权,他承诺将拆除打枪埔组屋以进行重建,再以一屋赔一屋方式,用800平方尺兑换现有400平方尺的单位。
而他所建议的地点就是现在打枪埔巴刹旁的停车场。
打枪埔一共有9座组屋,分别6座16层高及3座17层高,每层一共有24间单位。居住单位共3660间,另81间为店铺。整个打枪埔一共拥有3741间单位。
邓章耀及国阵的计划方程式里并没有计算以下问题:
财务预算
当地交通情况
密度过于密集
根据保守估计,一间单位的建筑费为120千零吉,那就是120千零吉乘于3741单位,一共等于需要5亿来重建打枪埔组屋。
邓章耀也曾经说过,他并不介意州政府在反对山坡计划中破产。这也再次的证明了邓章耀对于整个打枪埔发展上并没有财务预算。
如果根据邓章耀和国阵的计划,打枪埔将会出现9座高达36层的组屋(32层组屋及4层停车场),这是根据现有的400方尺多一倍至800方尺,也就是多了一倍的密度。整座组屋的高度也将提高一倍。这也显示出高密度带来的严重交通问题。
槟州民联政府早在之前已开始研究重建打枪埔组屋计划。槟州政府已准备进行重建计划,先决条件是只要中央政府发放5亿的拨款。除此之外,由中央政府掌管的镇暴队(打枪埔C座组屋旁)土地也要纳入重建计划当中,以便整个打枪埔重建计划获得平衡的发展,包括资金、密度及交通流量。这也表示镇暴队必须迁移出打枪埔,方能进行重建。
我想提醒邓章耀,这项计划可谓涉及庞大的打枪埔租户。我希望邓章耀能记得之前101间被国阵拆毁的租户单位。
我想在这里提醒邓章耀以下数项事实:
国阵代议士从1995年直到2008年,多次答应在打枪埔兴建多层停车场,不过从未兑现。
在国阵执政时期,因为城中城计划(Penang
Global City Center),
有101间单位被拆毁,居民被逼迁。这些被拆毁的单位及居民都没有被妥善安排。这项计划是由我国当时首相阿都拉·巴达威推介。
在1990年末代士兵从打枪埔E座及J座组屋迁出后,一共有至少150间空置单位被空置超过10年之久。国阵并未对此采取任何的行动或建议。
在这里我也想再次的重复民联在308执政后对打枪埔作出的改善:
取消拥有高密度的城中城计划。
将先有的一部分停车场提升成为“直线公园”(Linear
Park).
州政府将空置超过10年的150间组屋维修并将这些单位以每月90零吉租给有需要的人士。
我建议邓章耀在发表言论前必须看回以往的历史,从以上3件事多层停车场、城中城计划及150间空置单位来看,我奉劝邓章耀不要再对打枪埔居民作出空头承诺。
Kenyataan Akhbar oleh YB Wong Hon Wai, EXCO Perancang Bandar dan
Desa, Perumahan dan Kesenian di George Town, Pulau Pinang pada
18-09-2012
Saya ingin mengingatkan Pengerusi
Barisan Nasional Pulau Pinang, Encik Teng Chang Yeow, supaya jangan
membuat janji kosong kepada penduduk-penduduk di Rumah Pangsa Padang
Tembak.
Beliau menyatakan kelmarin bahawa
penduduk-penduduk di Rumah Pangsa Padang Tembak akan mendapat satu
rumah seluas 800 kaki persegi sekiranya Barisan Nasional kembali
menjadi pemerintah negeri Pulau Pinang. Tapak cadangan tersebut ialah
tapak car park yang sedia ada bersebelahan Pasar Awam Padang Tembak.
Rumah Pangsa Padang Tembak terdiri
daripada 9 blok rumah pangsa yang masing- masing 6 blok 16 tingkat
dan 3 blok 17 tingkat. Jumlah unit setiap tingkat ialah 24 unit.
Jumlah unit kediaman ialah 3660 unit dan unit kedai/fasiliti ialah 81
unit. Jumlah unit keseluruhan ialah 3741 unit.
Formula cadangan oleh Teng Chang Yeow
dan Barisan Nasional tidak mengambil kira
model kewangan
keadaan lalulintas dan trafik
densiti yang akan terlalu padat
Secara konservatif, kiraan kos
pembinaan ialah RM120,000 seunit, maka RM120,000 darab dengan 3741
unit bersama kos sampingan lain. Maka satu dana RM500 juta diperlukan untuk pembangunan semula Rumah Pangsa
Padang Tembak.
Teng Chang Yeow mempunyai rekod
menyatakan bahawa beliau tidak kisah sekiranya Kerajaan Negeri
bankrap dalam kes pembatalan projek tanah bukit. Sekali lagi
menunjukkan beliau tidak mempunyai model kewangan berkenaan
pembangunan Rumah Pangsa Padang Tembak.
Tambahan pula, mengikut model Teng
Chang Yeow dan Barisan Nasional, akan wujud 9 blok baru Rifle Range
yang ketinggian 36 tingkat (32 tingkat rumah pangsa dengan 4 tingkat
car park). Ini kerana keluasan baru 800 sekaki persegi iaitu 2 kali
ganda daripada keluasan sedia ada. Ketinggian tingkat hendaklah
double dengan car park. Ini jelas menunjukkan densiti yang amat
tinggi dan membawa masalah trafik yang amat teruk.
Kerajaan Negeri telah mengkaji cadangan
pembinaan Rumah Pangsa Padang Tembak dan cadangan pembangunan Rumah
Pangsa Padang Tembak bukanlah cadangan baru.
Saya menyatakan bahawa Kerajaan Negeri
bersedia membangunkan semula Rumah Pangsa Tembak sekiranya Kerajaan
Persekutuan meluluskan dana RM500 juta tersebut. Tambahan pula,
tanah yang sekarang diduduki oleh Federal Reserve Unit (FRU) yang
diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan di sebelah blok C Rumah Pangsa
Padang Tembak perlu dimasukkan dalam perancangan pembangunan semula
supaya satu model pembangunan yang merangkumi model kewangan, densiti
yang sederhana serta aliran trafik diambil pertimbangan keseluruhan.
Isunya samada Kerajaan Persekutuan
bersedia untuk memperuntukan dana RM500 juta dan FRU hendaklah
dipindahkan ke tempat lain supaya Rifle Range baru boleh dibangunkan
semula?
Saya ingin mengingatkan Teng bahawa
banyak penyewa-penyewa di Rifle Range yang terlibat. Saya ingin
mengingatkan Teng sejarah 101 unit rumah di car park yang dipindahkan
oleh Barisan Nasional tanpa pampasan munasabah.
Saya ingin mengingatkan Teng bahawa
Wakil Rakyat Barisan Nasional dari
tahun 1995-2008 telah membuat janji untuk membina multi-level
carpark di kawasan Padang Tembak dan janji tersebut tidak pernah
dikotai.
Semasa pemerintahan Barisan
Nasional, sebanyak 101 unit rumah di tapak tersebut dirobohkan dan
penduduk-penduduk diminta dipindah keluar. Rumah tersebut dirobohkan
tanpa penyelesaian yang memuaskan hati penduduk-penduduk tersebut.
Perobohan tersebut dikaitkan dengan Penang Global City Center (PGCC)
projek yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri YAB Tun Abdullah
Badawi.
Terdapat melebihi 150 unit rumah
di Blok E dan Blok J, Rumah Pangsa Padang Tembak yang terbiar kosong
selama 10 tahun tanpa apa-apa tindakan oleh Barisan Nasional. Ini
berikutan perpindahan askar-askar dari blok E dan J yang keluar dari
Padang Tembak pada akhir 1990an.
Saya ingin mengulangi bahawa tindakan
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang antara lain:
Membatalkan PGCC projek yang
mempunyai densiti rumah yang tinggi.
Menjadikan capark sedia ada lebih
elok dengan sebahagiannya dijadikan linear park.
Kerajaan Negeri telah memperbaiki
kesemua 150 unit rumah yang terbiar kosong selama 10 tahun dan
menyewa kepada orang-orang perlukan bantuan dengan harga sewa RM90
sebulan.
Kenyataan Teng Chang Yeow hendaklah
dilihat dari perspektif sejarah 3 perkara yang saya sebut tadi iaitu
janji kosong multi-level carpark, PGCC dan 150 unit kosong terbiar
selama 10 tahun.
Jelasnya, dari rekod-rekod Barisan
Nasional di Rifle Range, janji Teng hanyalah janji kosong
semata-mata.